Thursday, May 26, 2011

Apa itu Phytokimia atau Phytonutrien?

Phytokimia merujuk kepada sebatian yang terdapat dalam tumbuhan yang terbukti berkesan dan bermenafaat kepada manusia dari mendapat penyakit.


Saya percaya kita semua mengenali nutrisi makanan seperti  vitamin, mineral, karbohidrat, protein, dan serat.  Pelbagai nutrisi ini diperlukan tubuh untuk membina dan menyihatkan sel-sel dan organ, untuk pergerakan tubuh, untuk tumbesaran, untuk sistem metabolisme dan sebagainya.
Selain nutrisi yang biasa, ada lagi zat kimia yang berjumlah ratusan dan mungkin mencecah ribuan bilangannya yang tidak diketahui dan belum dijumpai oleh manusia.  Para Ilmuan menamakannya phytokimia (phyto chemicals).  Penemuan mengenai phytokimia ini masih baru dan mungkin akan ada lebih banyak lagi penemuan –penemuan baru pada masa yang akan datang.
Apa itu Phytokimia?
Phytokimia adalah zat kimia yang secara semulajadi ada pada banyak tanaman, dan zat inilah yang memberi warna, rasa, tekstur dan bau terhadap tanaman.  Phytokimia ini HANYA terdapat pada tanaman.  Kebanyakan phytokimia adalah bersifat antioksidan dan ini sudah jelas menunjukkan kenapa dengan hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan atau bijirin seseorang itu boleh sihat.
Phytokimia bukanlah satu keperluan mutlak pada fungsi tubuh manusia dan tidak juga boleh menyebabkan terjadi penyakit jika kekurangan. Justeru, ianya tidak boleh diklasifikasikan sebagai vitamin. Tetapi Phytokimia telah terbukti secara saintifik dan berterusan yang ianya sangat bermenafaat untuk kesihatan manusia bukan saja dalam mencegah penyakit tetapi juga dalam menstabilkan dan membetulkan segala macam masalah dalam sistem tubuh manusia.  
Tidak seperti vitamin dan enzim, phytokimia tidak musnah dalam teknik penyediaan seperti mencincang, memotong, diekstrak, memarut atau memasak.
Fungsi  Phytokimia:
-      Sebagai antioksidan.
-      Mengaktifkan enzim
-      Membantu membina sistem imunisasi tubuh.
-      Mengaktifkan  hormon.
-      Antibakteria atau antivirus.
Beberapa contoh Phytokimia selain dari LYCOPENE di antaranya adalah seperti berikut:
FLAVONOIDS atau bioflavonoids,
-    Berfungsi sebagai antioksidan, melindungi pembuluh arteri dan jantung, mencegah stroke dan melawan kanser.  Sumber dari sayuran-sayuran, buah-buahan (epal, oren, cherry, bawang Bombay, anggur, kelompok berries, buah zaitun, kacang kuda dll).
PHENOLIC ACID/Asis Phenolik,
-    Berfungsi sebagai antioksidan, anti kanser, dan anti penyakit kardiovaskular.  Sumber dari Bijirin (beras pecah kulit)/gandum tinggi serat, juga buah dari jenis citrus, kelompok berries, cherry, anggur dll.
ISOFLAVONES,
-     Umpama hormon estrogen dan dapat mengurangkan simptom menopaus dan osteoporosis. Sumber dari soya
ALLYL SULFIDES/Alyl Sulfida,
-     Berfungsi sebagai antibiotik. Sumber dari bawang Bombay dan bawang putih
 ISOTHIOCYANATES/Isotiosianida,
-     Khasiat hebat dari zat ini adalah sebagai anti kanser dan menaikkan imunisasi tubuh.  Banyak  terdapat pada sayur-sayuran cruciferous (broccoli, bunga kobis, kobis, kailan, Brussels sprouts, dll).
Melihat dari khasiat yang disebutkan, kita sewajarnya merasa sangat bersyukur dan beruntung kerana Tuhan begitu cinta kepada umat manusia sehingga semua makanan yang memberikan kesihatan sudah tersedia dengan banyaknya di merata alam ini.  Tidak perlu kita pergi jauh  karena ianya tersedia disekitar kita dan berada di dalam kehidupan kita seharian.
“BIARLAH MAKANAN MENJADI UBAT KITA”

Tuesday, May 24, 2011

Apa itu Lycopene?


Lycopene adalah sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan atau sayuran berwarna ungu, merah atau oren. Antioksidan dapat meneutralkan tindakan radikal bebas seterusnya menghalang kerosakan pada sel-sel tubuh. Radikal bebas adalah hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang boleh membahayakan. Ia boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan secra semulajadi oleh itu ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantu  meneutralkan     radikal   bebas.
Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan lycopene dapat membantu mengurangkan risiko penyakit Kanser Prostat dan Kanser Payudara,‘macular degeneration’ dan penyakit Kardiovascular.  Lycopene juga dapat menghalang Osteoporosis dan mengurangkan simpton allergi. Kajian juga mendapati Lycopene  dapat menghalang tumbesaran tumor.
Pihak FDA ( Food & Drug Administration) telah membuat kajian intensif terhadap data-data yang terdapat pada Lycopene dan pencegahan Kanser. Walaupun kajian difokuskan kepada Kanser Prostat, mereka juga  mengambil kira pelbagai jenis Kanser yang lain seperti Payudara, Servik, Endometrial dan Kanser Ovari. Pihak FDA menemukan bukti-bukti terhad untuk mengaitkan pengambilan lycopene dalam mengurangkan risko Kanser Prostat.
Persatuan Kanser Amerika melaporkan, hasil kajian di kebanyakan Negara menemukan, kumpulan orang yang memiliki  kadar lycopene yang tinggi dalam darah lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit Kanser.
Kajian Barat  sering mengaitkan Lycopene dengan buah tomato dan dalam banyak lapuran & penulisan ilmiah banyak berkisar tentang  buah tomato sementara buah-buah lain yang berwarna disebut secara ringkas. Kadar pengambilan harian Lycopene yang disyorkan ialah 25 ke 75 mg. Tetapi sekiranya anda mahukan perlindungan yang lebih, tidak ada sukatan yang khusus apa lagi jika terdapat tanda-tanda sel  kanser atau pun jika telah disahkan mengidap  penyakit kanser.
Tetapi tahukah anda bahawa buah jambu batu merah mengandungi Lycopene dalam kadar 2x ganda lebih dari buah tomato.

Amounts per 1 cup              Cherry Tomatoes (149g)                          Pink Guava (165g)

Lycopene                                           3834 mcg                                             8586 mcg
Beta Carotene                                    669 mcg                                               617 mcg

Sumber : Nutrient data for this listing was provided by USDA SR-21.
Read More  
http://nutritiondata.self.com/facts/fruits-and-fruit-juices/1927/2#ixzz1NG56BlSB

Pelbagai Cara untuk mendapatkan Lycopene

1.    Jus Tomato
Satu Gelas 200ml  tomato terdapat lebih 20 mg  lycopene, Jus tomato rendah dalam Kalori dan mengandungi banyak  vitamin A dan vitamin C. Disyorkan  jenama  R.W. Knudsen sejenis jus  organik dan rendah dalam sodium.

2.    Sehiris besar Tembikai
Sebiji Tembikai dihiris 16 keping. Setiap keping tembikai mengandungi 13 mg Lycopene. Tembikai juga adalah sumber baik Potassium, Vitamin C dan vitamin A.
3.     Salsa
Salsa digunakan sebgai sos pencecah. Setengah mangkuk Salsa mengandungi 7 mg Lycopene. Anda boleh buat sendiri  salsa  atau beli yang telah siap. Salsa sedapa dimakan bersama telur dan kentang atau sebagai pencecah baked tortilla chips.
4.     Grapefruit
Satu setengah biji buah grapefruit ada 2 mg Lycopene. Pink grapefruit juga rendah kalori dan sumber yang bagus untuk Vitamin  A dan C.


 
                                     200ml Jus Pink Guava mengandungi lebih
                                                        45 mg Lycopene



Rujukan: 
Dietary lycopene, tomato-based food products and cardiovascular disease in women. Sesso HD, Liu S, Gaziano JM, Buring JE. J Nutr. 2003 Jul;133(7):2336-41.
Lycopene. American Cancer Society. Last Revised: 05/13/2010.
Lycopene. U.S. National Library of Medicine, National Institutes of Health. Page last updated: 04 January 2011.
Qualified Health Claims: Letter Regarding Tomatoes and Prostate Cancer (Lycopene Health Claim Coalition) (Docket No. 2004Q-0201). Food and Drug Administration. November 8, 2005.

Saturday, May 21, 2011

Kandungan Nutrisi Buah Jambu Batu Merah

Antara kandungan nutrisi buah Jambu Batu Merah adalah:
1.  Kandungan Vitamin C  lebih 5 kali ganda dari buah Oren, 50x ganda berbanding buah Epal dan 35x ganda berbanding buah Manggis  serta dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh. Oleh itu ianya sangat sesuai untuk mereka  yang mengalami masalah demam, selsema, batuk dan lain-lain yang berkaitan
2.  Mengandungi Lycopene yang sangat tinggi sebagai bahan Anti Kanser, melebihi 50% dari Lycopene Tomato.
3.  Sangat bagus dalam mengatasi masalah Demam Denggi dan H1N1.
                                        
4.  Kandungan Kalsium dan Iron yang tinggi, amat membantu mereka yang mengalami masalah gusi berdarah, masalah gigi dan sebagainya.
5.  Ia turut membantu meredakan cirit-birit, sembelit, gastric, senggugut dan mengurangkan kesakitan.
6.  Kandungan Potassium yang tinggi dikatakan dapat  mengatasi masalah Gout, Sakit Sendi, Tulang, Kebas, Batu karang dan lain-lain.
7.  Sejenis anti-oksidan yang tinggi dan dapat meneutralkan  tindak-tanduk radikal bebas.
8. Buah Jambu Batu merah juga dikatakan dapat menstabilkan fungsi organ-organ dalam badan dan mampu mengnyahkan toksik yang sentiasa terhasil dalam badan manusia.