Sunday, June 5, 2011

PINK GUAVA - Fakta Nutrisi Pemakanan Yang Lengkap & Terbaik

Fakta berikut adalah hasil kajian oleh NDL** (Nutrient Data Laboratory)  USDA (United Sates Department of Agriculture), sebuah badan yang diiktiraf oleh kerajaan Amerika bagi pembangunan komposisi pengkalan data dan  badan yang bertanggungjawab untuk mengumpul, mengkaji, menilai, membuku, seterusnya menyebarkan data-data tentang makanan dan nutrisi pemakanan untuk diguna pakai sebagai standard rujukan oleh masyarakat umum dan kerja-kerja saintifik. 


§  Buah Pink Guava sangat rendah dalam kalori dan lemak tetapi mengandungi sangat banyak vitamin, mineral dan sebatian poly-phelonik dan flavanoid yang memainkan peranan penting dalam mencegah kanser, awet muda dan meningkatkan imunisasi tubuh.

§     Sumber yang kaya dengan fiber (5.4g bagi setiap 100gm buah, lebihkurang 14% dari RDA – recommended daily allowance) menjadikan sebagai ‘bulk laxative’ yg baik. ( spt julap - memudahkan dalam pembuangan air besar). Kandungan fiber melindungi lapisan lendir usus besar dari terdedah cepat kepada toksik dan kimia yang boleh menyebabkan terjadi kanser.

§       Sumber yang sangat baik bagi antioksidan vitamin C, 3 kali lebih dari DRI ( daily recommended intake/ keperluan harian yang disyorkan). Lapisan pulpa luar mengandungi vitamin C sangat tinggi berbanding dalam. Kajian saintifik menunjukkan pengambilan vitamin C yang berterusan membantu menghalang jangkitan kuman dan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Vitamin C juga diperlukan bagi menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen adalah struktur protein yang utama yang diperlukan bagi mengekalkan persepaduan atau jalinan antara salur darah, kulit, organ dan tulang.

§   Sumber yang sangat baik bagi vitamin A dan flavanoid seperti beta karotene, lycopene dan lutein. Semua sebatian ini telah dikenalpasti sebagai antioksidan dan sangat diperlukan untuk kesihatan yang optima. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan lapisan lendir dan kulit yang sihat. Pengambilan buah-buahan segar yang kaya carotene juga dapat melindungi dari kanser paru-paru dan kaviti mulut.  Kajian juga mendapati lycopene dalam ‘Pink Guava’ mencegah kerosakan kulit yang disebabkan pleh sinaran UV. Juga sebagai pelindung dari mendapat kanser prostate.

§       Buah Pink Guava segar adalah sumber potassium yang sangat tinggi melebihi dari yang terkandung dalam buah pisang bagi setiap 100gm. Potassium adalah komponen yang sangat penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

§    Buah Pink Guava juga adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin B-complex seperti Asid Panthothenik, niacin, vitamin B6 (pyridoxine), vitamin E dan K dan juga mineral seperti magnesium, kuprum dan manganese. Manganese di gunakan oleh badan sebagai faktor penggalak enzim antioksidan superoxide dismutase (SOD). Kuprum diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.


Anda boleh lihat sendiri dari fakta nutrisi Pink Guava yang dikeluarkan oleh pihak USDA National Nutrient Data Base ( United State Department of Agriculture)

See the table below for in depth analysis of nutrients:

Guava (Psidium guajava),  fresh, 
Nutritive Value per 100 g. 
(Source: USDA National Nutrient data base)

Principle
Nutrient Value
Percentage of RDA
Energy
68 Kcal
3.5%
Carbohydrates
14.3 g
11.5%
Protein
2.55 g
5%
Total Fat
0.95 g
3%
Cholesterol
0 mg
0%
Dietary Fiber
5.4 g
14%
Vitamins


Folates
49 mcg
12.5%
Niacin
1.084 mg
7%
Pantothenic acid
0.451 mg
9%
Pyridoxine
0.110 mg
8.5%
Riboflavin
0.040 mg
3%
Thiamin
0.067 mg
5.5%
Vitamin A
624 IU
21%
Vitamin C
228 mg
396%
Vitamin E
0.73 mg
5%
Vitamin K
2.6 mcg
2%
Electrolytes


Sodium
2 mg
0%
Potassium
417 mg
9%
Minerals


Calcium
18 mg
2%
Copper
0.230 mg
2.5%
Iron
0.26 mg
3%
Magnesium
22 mg
5.5%
Manganese
0.150 mg
6.5%
Phosphorus
11 mg
2%
Selenium
0.6 mcg
1%
Zinc
0.23 mg
2%
Phyto-nutrients


Carotene-ß
374 mcg
--
Crypto-xanthin-ß
0 mcg
--
Lycopene
5204 mcg
--



**The Nutrient Data Laboratory (NDL) has the responsibility to develop USDA's National Nutrient Database for Standard Reference,  the foundation of most food and nutrition databases in the US, used in food policy, research and nutrition monitoring. Our database products are available to the public and scientific community. NDL is one of seven units in the Beltsville Human Nutrition Research Center ( BHNRC) of the Agricultural Research Service ( ARS).



Saturday, June 4, 2011

Apa Yang Menarik Pada Buah Jambu Batu Merah...

Berjumpa kembali...

Terlalu banyak sebenarnya yang boleh diceritakan tentang khasiat pemakanan yang terdapat dalam buah Pink Guava ini. Orang kita menyebutnya buah jambu batu merah. Kalau dulu buah ini banyak ada dimerata tempat, di depan, di tepi atau di belakang rumah mak, tok atau nenek kita. Orang tua kita banyak yang suruh  makan atau kunyah daunnya kalau sakit perut, sembelit atau sakit gigi. Memang mujarab tapi sebabnya tetap tidak diketahui. Pada masa itu tidak banyak yang kita tahu tentang khasiat buah ini. Kita tak pernah kisah pun tentang vitamin, mineral atau entah apa-apa lagi yang kita tidak begitu peduli. Tidak pula dibuat kajian oleh sape-sape. Tapi pada hari ini dengan segala ilmu dan teknologi yang ada, kajian demi kajian dibuat, dibuku dan diterjemahkan dalam penulisan. Bukan oleh orang kita tetapi oleh orang Amerika yang tidak pula pokok jambu ini mahu tumbuh di halaman rumah mereka. Rupa-rupanya buah yang sangat dekat dengan kita ini adalah buah yang super duper terbaik, sehingga diiktiraf oleh dunia sebagai buah terbaik no 1. Kandungan nutrisi yang sangat banyak, lengkap, menyeluruh, terbaik dan sehingga kini belum lagi ditemui apa jenis buah pun yang boleh menandingi kehebatan buah jambu batu merah. Tapi kalau sekarang kita nak cari buah ni kat keliling rumah mak atau tok kita... dah tak ade kan. Kemana Agaknya Buah ini Menghilang!!!!