Tuesday, February 1, 2011

Khasiat Buah Jambu Merah ( Pink Guava )


Buah Jambu Batu Merah mengandungi banyak nutrisi yang tidak ketahui ramai. Kajian dari luar Negara menunjukkan buah Pink Guava adalah lebih baik daripada buah-buahan import dan buah-buahan tempatan yang lain. Menurut kajian dari USDA (United States Deparment of Agriculture), buah Pink Guava telah dikategorikan sebagai buah nombor satu dan terbaik dalam kelompok Gold Medalist dikira dari enam jenis nutrisi iaitu Kalsium, Potassium, Caratenoids, Folate, Fiber dan Calories.
Jambu Bantu Merah (Pink Guava) adalah satu sumber yang baik untuk kesihatan dan mengandungi banyak jenis Vitamin dan Mineral dalam kadar yang sangat tinggi termasuk Vitamin C, Vitamin A, Kalsium, Potassium, Kalium dan Folate. Ia adalah satu sumber gentian(fiber) yang sangat baik untuk sistem tubuh badan manusia. Kadar Vitamin C dalam Pink Guava adalah 5 kali ganda berbanding Oren dan 50 kali ganda berbanding Epal.


Pink Guava mengandungi Lycopene yang sangat tinggi, sejenis anti oksidan yang mampu menghalang radikal bebas  yang biasa menyebabkan kerosakan pada sel DNA. Kajian  dari University Harvard pada tahun 1995 membuktikan Lycopene mampu mengurangkan risiko Kanser Prostat sebanyak 34% dan banyak kajian yang lain menunjukkan Lycopene dapat menghalang ketidaksuburan kaum lelaki, osteoporosis, kanser kulit, ‘ varicose vein’, sakit mata, kanser payu dara, kanser rahim dan kanser servik. Ia juga turut membantu mencegah gastrousus kanser serta boleh merendahkan tahap kolesterol dalam  darah.
 
Jus Pink Guava mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan pengambilan pada setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400ml sehari, selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu merah adalah pilihan yg amat sesuai kerana kandungan Fiber yang sangat tinggi.
Kebanyakan Negara luar seperti Amazonia, Brazil, Cuba, Ghana, Haiti, India, Mexico, Peru, Philipina, Trinidad, China & Eropah turut mengesahkan bahawa buah jambu merah boleh mengatasi masalah seperti Kulit, Gigi, Gusi, Mulut, Perut, Kanser, Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung, Pernafasan, Gastrik, Senggugut, Asma, Batuk, Demam, Gout, Masalah Paru-Paru, Demam Denggi, Ulcer, Sembelit, Cirit-birit, Batu Karang, Masalah Usus, Kebas, Sakit Sendi dan banyak lagi.